Bantuan SEGERA

Pautan

Berlanggan Info

Sedang Online

1 user(s) are online (1 user(s) are browsing Terkini)

Members: 0
Guests: 1

more...

Makluman Terkini dari Skim Mesra Usia Emas
MAKLUMAN : Tarikh tutup tuntutan SMUE daftar selepas meninggal
Posted by Admin on 19-07-2012 (4085 reads)

PENTING..Pihak RMSB ingin memaklumkan bahawa semua urusan tuntutan pembayaran untuk kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas untuk kes kematian di bawah kategori pendaftaran selepas meninggal hanya akan dibenarkan di dalam tempoh setahun dari tarikh simati meninggal.

Pihak pewaris mestilah memastikan borang tuntutan yang telah lengkap diisi sepenuhnya dihantar ke Pejabat Pusat Khidmat DUN sebelum tarikh tersebut.

Pusat Khidmat DUN pula perlu menghantar semua tuntutan tersebut selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh ulang tahun kematian simati. Sebagai contoh jika simati meninggal dunia pada 31.03.2012 dan simati belum lagi mendaftar di bawah SMUE maka pihak pewaris mestilah menghantar borang tuntutan SMUE yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen wajib selewat-lewatnya pada 30.03.2013.

Pihak RMSB tidak akan menerima mana borang-borang yang dihantar melewati tarikh yang sepatutnya.

P/S: PENUTUPAN INI HANYA TERTAKLUK KEPADA KES-KES KEMATIAN DI MANA WARGA EMAS YANG BERKENAAN YANG BELUM LAGI DIDAFTARKAN DI BAWAH SMUE SEBELUM BELIAU MENINGGAL DUNIA.

Sebarang pertanyaan berkaitan hal di atas, sila ajukan kepada En Chandran 03-55103468 / 72


Untuk lebih lanjut sila layari: e-mesra.org.my


MAKLUMAN : Sistem e-manfaat
Posted by Admin on 20-10-2011 (1538 reads)

Sistem e-manfaat yang dibina khusus untuk merekod dan memantau semua aktiviti pemberian
manafaat Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Rekabentuk sistem ini membolehkan Pentadbir dan Kerajaan Negeri Selangor memantau aktiviti-aktiviti yang
berlainan mengikut jenis manfaat yang diberikan.

Buat masa ini khusus digunakan oleh pihak RMSB untuk memantau pemberian manfaat untuk program Jom Shopping yang sekarang giat dilaksanakan diseluruh Negeri Selangor.

Untuk mengakses sistem tersebut boleh lah menggunakan Mozilla Firefox atau Web Browser yang lain. Taipkan Url berikut untuk mencapai sistem E-Manafaat seperti berikut:

http://e-manfaat.aplikasi.net.my





Sila gunakan userid dan kata laluan yang sama dengan sistem e-mesra.

Pihak petugas DUN diingatkan untuk mengemaskini semua maklumat Jom Shopping yang telah dilaksanakan diperingkat DUN masing-masing sebelum 28hb Oktober 2011.

Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan perlaksanaan program Jom Shopping untuk DUN yang gagal mengemaskini maklumat dibekukan buat sementara waktu.

Pihak RMSB telahpun tamat mengendalikan 4 hari latihan penggunaan sistem tersebut kepada sebahagian besar petugas DUN bertempat di makmal Pusat Teknologi Maklumat Negeri Selangor yang bermula pada 14hb Oktober 2011 dan berakhir pada 19hb Oktober 2011.

Kepada mereka yang telah gagal hadir sila hubungi pihak RMSB (Puan Nurul Asyikin ) untuk mengelakkan gangguan kepada program Jom Shopping ditempat anda.




MAKLUMAN : Pemberian Kupon Jom Shopping SMUE
Posted by Admin on 25-07-2011 (3159 reads)

Adalah dimaklumkan bahawa pemberian pengagihan kupon "Jom Shopping" adalah melalui Pusat Khidmat DUN dan Parlimen WPKL iaitu di mana pendafaftaran SMUE telah dibuat. Pengagihan kupon tersebut adalah berdasarkan konsep yang yang dahulu didahulukan dan yang kemudian di kemudiankan atau FIFO (First In first Out). Senarai mereka yang terpilih akan dihubungi oleh pihak DUN masing-masing.

Sila berhubung dengan Pusat Khidmat DUN di mana tuan / puan didaftarkan.

Kepada yang belum mendaftar sila lah berbuat demikian dengan menguhubungi Pusat Khidmat DUN yang berdekatan.

Semua arrangement program Jom Shopping diantara Pusat membeli belah Tesco, Giant dan Econsave mestilah melalui RMSB.

Pihak RMSB sedang berusaha untuk mengeluarkan jadual Jom Shopping untuk bulan Ogos dan September 2011 secepat mungkin.

Kepada pusat khidmat DUN yang berminat untuk menyertainya sila maklumkan kepada pihak RMSB.


MAKLUMAN : Kempen ‘Jom Shopping’ SMUE Dilancar 15 Julai
Posted by Admin on 06-07-2011 (1842 reads)

SHAH ALAM 7 JULAI : Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan kempen ‘Jom Shopping’ kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas di negeri itu.


Kempen tersebut akan dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 Julai ini.


Menurut Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail setiap warga emas yang layak akan diberikan kupon bernilai RM100 untuk berbelanja di pusat membeli belah terpilih di negeri itu.


“Saya menyeru kepada warga emas yang layak supaya mendaftarkan diri di mana-mana pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor.


Baca Lagi... | 1558 bytes lagi
MAKLUMAN : Tarikh tutup tuntutan kematian 2010
Posted by Admin on 09-02-2011 (1845 reads)

Pihak RMSB ingin memaklumkan sekali lagi bahawa semua urusan tuntutan kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas untuk kes kematian tahun 2010 akan ditutup pada 31hb Mac 2011. Pihak pusat Khidmat DUN mestilah memastikan borang tuntutan yang telah lengkap diisi sepenuhnya di hantar ke Pejabat Pusat Khidmat DUN sebelum tarikh tersebut.

Pusat Khidmat DUN pula perlu menghantar semua tuntutan tersebut selewat-lewatnya sebelum atau pada 10hb April 2011. Pihak RMSB tidak akan menerima mana borang-borang yang dihantar melewati tarikh tersebut.

P/S: PENUTUPAN INI HANYA TERTAKLUK KEPADA KES-KES KEMATIAN DI MANA WARGA EMAS YANG BERKENAAN YANG BELUM LAGI DIDAFTARKAN DI BAWAH SMUE SEBELUM BELIAU MENINGGAL DUNIA.

Sebarang pertanyaan berkaitan hal di atas, sila ajukan kepada En Chandran 03-55103468 / 72

Selangorku...

Kongsi dengan rakan

bookmark at: Twitter bookmark at: Facebook bookmark at: MySpace bookmark at: Del.icio.us bookmark at: Ask bookmark at: Digg bookmark at: Yahoo bookmark at: Google bookmark at: Blogmarks bookmark at: Buzz

Terkini

Sehingga 31hb Disember 2012, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM 87.573 juta kepada 36,511 waris yang layak. Untuk lebih lanjut, klik di sini

Selangor Kini

Selangorkini edisi 1 Januari 2013


>> Arkib isu-isu SelangorKini : Klik sini

Video Cadangan 1

Lihat Galeri Video untuk video lain:

Video Cadangan 2

Lihat Galeri Video untuk video lain:

Berita Terkini

Sertai SMUE di Facebook!

Kunjungan