Panduan

img_13651580ec072536f9.png
semak.png
muaturun.png
muaturun1.png
aduan.png

Kunjungan




Berita & Makluman : ADN Selat Klang sampaikan Skim SMUE Fasa 1
Posted by Admin on 2017/4/17 4:00:00 (477 reads)

SHAH ALAM, 17 NOV : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diteruskan lagi menerusi penyampaian program bantuan tersebut kepada individu berkelayakan di kawasan pinggir bandar.

Terbaru, seramai enam penerima dari Dun Selat Klang menerima bantuan skim berkenaan bagi fasa pertama menerusi penyerahan bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

imageHadir menyerahkan bantuan tersebut, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Kelang, Dr Halimah Ali di sekitar Flat Seri Perantau, Kampung Delek Kiri, Jalan Yadi dan Jalan Tepi Sungai.

Halimah dalam kenyataannya berharap, penerima memanfaatkan bantuan tersebut dengan perkara berfaedah.

Baca Lagi... | 1407 bytes lagi
Berita & Makluman : MP di KL juga dibekal kad ATM SMUE
Posted by Admin on 2017/4/17 3:27:31 (376 reads)

SHAH ALAM, 14 MAC: Penggunaan kad ATM bagi bayaran wang ikhsan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) turut dibekalkan kepada Ahli Parlimen (MP) PAKATAN di Kuala Lumpur bagi memudahkan mereka membantu Kerajaan Negeri menjayakan program berkenaan.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, kenyataan itu ekoran timbul kekeliruan sebelum ini berkenaan perkara terbabit.

“Semasa menjawab pertanyaan media semalam, saya menyatakan bahawa kad ATM untuk program SMUE hanya dikeluarkan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor.

Baca Lagi... | 2168 bytes lagi
Berita & Makluman : Akaun SMUE sudah, 1MDB dan Permata bila lagi nak dedah?
Posted by Admin on 2017/4/17 3:25:31 (314 reads)

PETALING JAYA, 23 MAC: Bagi membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawaban memikul amanah menguruskan pembayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin mendedahkan kesemua akaun dan dokumen bayaran kepada penerima manfaat skim terbabit.

Pengerusi Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga dituntut mengambil langkah sama bagi menafikan segala salah laku kerana membabitkan dana pembayar cukai.

“Saya rasa tak salah sesiapa nak bertanya. Jamal juga boleh bertanya soalan kerana kita berurusan dengan wang pembayar cukai tetapi jabatan atau agensi kerajaan jangan terlalu defensif.

“Bila Bee Yin persoal akaun Permata, apa yang perlu dilakukan hanya keluarkan akaun Permata seperti mana Jamal persoal akaun SMUE, Bee Yin dah tunaikan dengan tunjukkan akaun SMUE.

“Kalau Ahli Parlimen tanya akaun 1MDB, dedahkan akaun 1MDB. Kita tak perlu melatah, defensif, sensitif bila soalan mengenai duit pembayar cukai dibelanjakan,” kata Hannah Yeoh pada sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama di sini, semalam.

Jelasnya, Bee Yin mengambil langkah tepat dengan memberi peluang pihak yang berminat menyemak akaun dan dokumen pembayaran SMUE.

Sebelum itu, petugas media yang hadir membuat liputan sidang media itu berpeluang melihat sendiri akaun dan dokumen bayaran dibuat DUN Damansara Utama kepada penerima.

=EZY= (OLEH NAZLI IBRAHIM- SELANGORKINI.COM)

Berita & Makluman : Semua urusan libat wang dijaga penuh integriti
Posted by Admin on 2017/4/4 3:30:00 (269 reads)

SHAH ALAM, 4 APR: Kerajaan Negeri menafikan dakwaan tidak telus dalam menguruskan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pembayaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah yayasan itu diselesaikan dalam tempoh dua bulan dengan syarat semua dokumen lengkap.

“Pemberian RM1,000 diberikan pada fasa pertama dan fasa kedua untuk warga emas, RM1,500 akan diberikan selepas 2 bulan daripada penyerahan dokumen dari pejabat DUN ke pejabat daerah.

Baca Lagi... | 1677 bytes lagi
Berita & Makluman : SMUE bantu uruskan jenazah lebih baik
Posted by Admin on 2015/11/26 2:00:00 (1470 reads)

SHAH ALAM, 26 NOV: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) meringankan beban bukan sahaja kepada warga emas yang berdaftar, malahan kepada ahli keluarga lain.

Pesara, Noorida Ariffin, 57, berkata usaha Kerajaan Negeri mewujudkan skim itu harus dipuji kerana ia membantu waris yang berpendapatan rendah dalam menguruskan pengebumian.

“Saya sendiri rasa sangat bersyukur sekurang-kurangnya skim ini dapat bantu kami uruskan jenazah dengan lebih baik.

Baca Lagi... | 1660 bytes lagi


Statistik

terkini.png

Sehingga 31hb Mac 2017, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM 201.088 juta kepada 81,967 waris yang layak. Manakala jumlah keseluruhan pendaftaran adalah seramai 265,797 orang

Pautan Penting

P1.png
P2.png
Pmes.png
P3.png
P5.png
P6.png