SELAYANG UTAMA - Sejak awal tahun hingga 25 Julai, seramai 135 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer menerima sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjumlah RM135,000.
Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN terbabit, Mohd Kassim Packiry berkata, bayaran berkenaan adalah bagi tahap pertama sumbangan iaitu sebanyak RM1,000 seorang.
Menurutnya, manakala bayaran tahap kedua (RM1,500) yang dibayar kepada 136 penerima dalam jangka masa sama adalah berjumlah RM204,000.
"Pada hari ini pula selain menyampaikan sumbangan SMUE, kita juga memberikan sagu hati kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran.
"Bayaran diterima mereka adalah antara RM300 hingga RM1,500 seorang bergantung kepada jumlah pendapatan keluarganya,” katanya semasa majlis penyampaian sumbangan berkenaan di dewan orang ramai, di sini. Hadir sama, Penyelaras PKM DUN Taman Templer yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Selayang, Mohamad Abdul Rahman, Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Khidmat Pengurusan) Sahimin Ghazali serta wakil pimpinan setempat.
Dalam majlis itu juga sebanyak 10 penduduk menerima sumbangan sekitar RM5,000.
"Kebetulan mereka juga datang pada hari ini, masih terdapat peruntukan menyebabkan kita terus memberikan kelulusan permohonan ini pada hari sarna. "Sumbangan yang mereka terima setiap seorang adalah antara RM300 hingga RM500,” katanya.
|