Bantuan SEGERA

Pautan

Berlanggan Info

Sedang Online

3 user(s) are online (1 user(s) are browsing Terkini)

Members: 0
Guests: 3

more...
BERITA TERKINI : Penduduk menitis air mata terima bantuan SMUE
Posted by Admin2 on 12-06-2012 (565 reads)

WALAUPUN DUN Sungai Burong dimenangi pembangkang Umno-BN, ia tidak menjadi halangan
bagi masyarakat di situ menerima bantuan Skim Mesra Usia Warga Emas (SMUE) yang dianjurkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor. Semua ini berkat usaha gigih Pusat Khidmat DUN Sungai Burong yang dikepalai Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Misran Serman.




Jelasnya, sehingga kini seramai 600 orang bagi kawasan DUN ini sudah menerima bantuan
Fasa 1 SMUE di bawah program Merakyat Ekonomi Selangor (MES).

"Pusat Khidmat DUN Sungai Burong menerima dana daripada Kerajaan Negeri untuk disalurkan kepada semua rakyat yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang politik mereka," katanya ketika ditemui di sini.

Sehubungan itu, walaupun ada di antara penduduk di sini merupakan penyokong kuat pembangkang BN, namun mereka tetap mendapat hak yang dijanjikan Kerajaan Negeri.



Misnan berkata, terdapat beberapa orang penduduk hingga menitiskan air mata kegembiraan
tatkala menerima bantuan berjumlah RM1000 itu.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Pinang Sungai Burong, Zulkarnain Baharuddin
turut menerima bantuan SMUE daripada kerajaan negeri yang disampaikan Misran bersama
Ketua Kampung Pinang, Sungai Burong, Tasimin Pomin.

Katanya, prosedur bagi permohonan SMUE kini dilakukan lebih teliti demi menjaga hak generasi emas di kawasan ini tidak terabai.

"Waris-waris warga emas di kawasan ini kebanyakannya tinggal di Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain, dan selepas mendapat wang RM1000 mereka terus ke rumah masing-masing dan tidak dapat dihubungi," ujarnya sambil menyatakan setiap permohonan perlu menyediakan dokumen penting seperti kad pengenalan waris dan nombor telefon.

Selain itu, atas inisiatif serta dorongan ingin membantu golongan kurang bernasib baik, Ketua Kampung Tok Adam Tanjong Karang, Mohammad Saad Bakar, berbesar hati memberikan sumbangan bantuan makanan berupa beras dan barangan harian kepada 50 orang penduduk miskin di kawasannya.

Mohammad Saad berkata, pemberian bantuan ini dilakukan atas dasar simpati dan sifat ingin membantu golongan kurang bernasib baik.

Beberapa penduduk seperti Husin Mat Yasir (gambar) yang tinggal di perumahan Program
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini turut menerima sumbangan tersebut.


Oleh SIRAJ MOHD ZAINI (Selangorku.com)

Selangorku...

Kongsi dengan rakan

bookmark at: Twitter bookmark at: Facebook bookmark at: MySpace bookmark at: Del.icio.us bookmark at: Ask bookmark at: Digg bookmark at: Yahoo bookmark at: Google bookmark at: Blogmarks bookmark at: Buzz

Terkini

Sehingga 31hb Disember 2012, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM 87.573 juta kepada 36,511 waris yang layak. Untuk lebih lanjut, klik di sini

Selangor Kini

Selangorkini edisi 1 Januari 2013


>> Arkib isu-isu SelangorKini : Klik sini

Video Cadangan 1

Lihat Galeri Video untuk video lain:

Video Cadangan 2

Lihat Galeri Video untuk video lain:

Berita Terkini

Sertai SMUE di Facebook!

Kunjungan