Bantuan SEGERA

Pautan

Berlanggan Info

Sedang Online

11 user(s) are online (6 user(s) are browsing Terkini)

Members: 0
Guests: 11

more...
MAKLUMAN : Kempen ‘Jom Shopping’ SMUE Dilancar 15 Julai
Posted by Admin on 06-07-2011 (1892 reads)

SHAH ALAM 7 JULAI : Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan kempen ‘Jom Shopping’ kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas di negeri itu.


Kempen tersebut akan dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 15 Julai ini.


Menurut Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail setiap warga emas yang layak akan diberikan kupon bernilai RM100 untuk berbelanja di pusat membeli belah terpilih di negeri itu.


“Saya menyeru kepada warga emas yang layak supaya mendaftarkan diri di mana-mana pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor.







“Kita akan memberi taklimat kepada semua pusat khidmat DUN pada 9 Julai ini. Saya berharap program ini dapat mengurangkan bebanan pihak tertentu terutamanya dengan kenaikan harga barang,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Rabu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan negeri, berkata pihak berkuasa tempatan akan menyediakan bas untuk membawa warga emas tersebut ke pusat membeli belah terpilih dan mereka boleh berbelanja menggunakan kupon yang diberikan.

Untuk rujukan sistem SMS tersebut adalah untuk semak status pendaftaran ahli – Cara : Taip SMUE SEMAK hantar ke 15888

Selangorku...

Kongsi dengan rakan

bookmark at: Twitter bookmark at: Facebook bookmark at: MySpace bookmark at: Del.icio.us bookmark at: Ask bookmark at: Digg bookmark at: Yahoo bookmark at: Google bookmark at: Blogmarks bookmark at: Buzz

Terkini

Sehingga 31hb Disember 2012, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM 87.573 juta kepada 36,511 waris yang layak. Untuk lebih lanjut, klik di sini

Selangor Kini

Selangorkini edisi 1 Januari 2013


>> Arkib isu-isu SelangorKini : Klik sini

Video Cadangan 1

Lihat Galeri Video untuk video lain:

Video Cadangan 2

Lihat Galeri Video untuk video lain:

Berita Terkini

Sertai SMUE di Facebook!

Kunjungan