Panduan

img_13651580ec072536f9.png
semak.png
muaturun.png
muaturun1.png
aduan.png

Kunjungan



Berita & Makluman : Sinar Harian -- SMUE Bukti Kerajaan Negeri Prihatin
Posted by Admin on 2010/7/19 14:17:35 (864 reads)

Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kebajikan kepada warga emas yang ada di negeri ini dan kewujudan Skim Mesra Usia Emas SMUE)adalah salah satu bentuk keprihatinan kerajaan terhadap golongan berkenaan.

Pembantu khas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Kamaluddin Rahmat berkata, di bawah skim itu, mana-mana warga emas yang berumur 60 tahun ke atas layak menerima skim itu dan mereka boleh mendaftar ke pejabat ADUN bagi urusan berkenaan.

Katanya, pemberian itu juga secara tidak langsung membantu waris si mati khususnya yang berpendapatan rendah apabila berlakunya sesuatu kematian. “Pemberian ini adalah bukti kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa mengutamakan kebajikan dan menjaga kepentingan rakyat serta meletakkan agenda trsebut pada tahap tertinggi dalam pembangunan negeri”.

“Malah kerajaan juga akan memastikan tiada golongan yang dibiarkan atau diketepikan dalam usaha kemajuan sesebuah kawasan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pemberian SMUE Peringkat Kedua Parlimen Kapar.

Pada majlis itu, seramai 43 waris menerima skim berkenaan berjumlah RM 1,500 setiap seorang. Menurutnya, setiap waris mati akan menerima RM 1,000 daripada pejabat ADUN dan bakinya akan diuruskan Pejabat Daerah seperti yang diadakan ini.

Bantuan diberikan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga si mati dalam menguruskan serta selepas pengebumian dan pada masa yang sama ,mengurangkan tanggungan terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

“Pemberian ini juga salah satu usaha Kerajaan Negeri yang sentiasa mengambil berat dalam hal kepentingan rakyat khususnya yang membabitkan kebajikan tempat tinggal, keperluan pakaian dan makanan serta keselesaan dalam menjalani kehidupan seharian di kawasan masing-masing,” katanya.

8 Mac 2010- Sinar Harian

Untuk Mencetgak Hantar kepada Rakan Jadikan PDF


Statistik

terkini.png

Sehingga 31hb Mac 2017, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM 201.088 juta kepada 81,967 waris yang layak. Manakala jumlah keseluruhan pendaftaran adalah seramai 265,797 orang

Pautan Penting

P1.png
P2.png
Pmes.png
P3.png
P5.png
P6.png