Pihak RMSB ingin memaklumkan sekali lagi bahawa semua urusan tuntutan kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas untuk kes kematian tahun 2010 akan ditutup pada 31hb Mac 2011. Pihak pusat Khidmat DUN mestilah memastikan borang tuntutan yang telah lengkap diisi sepenuhnya di hantar ke Pejabat Pusat Khidmat DUN sebelum tarikh tersebut.
Pusat Khidmat DUN pula perlu menghantar semua tuntutan tersebut selewat-lewatnya sebelum atau pada 10hb April 2011. Pihak RMSB tidak akan menerima mana borang-borang yang dihantar melewati tarikh tersebut.
P/S: PENUTUPAN INI HANYA TERTAKLUK KEPADA KES-KES KEMATIAN DI MANA WARGA EMAS YANG BERKENAAN YANG BELUM LAGI DIDAFTARKAN DI BAWAH SMUE SEBELUM BELIAU MENINGGAL DUNIA.
Sebarang pertanyaan berkaitan hal di atas, sila ajukan kepada En Chandran 03-55103468 / 72
|