Panduan

img_13651580ec072536f9.png
semak.png
muaturun.png
muaturun1.png
aduan.png

Kunjungan



Berita & Makluman : MP di KL juga dibekal kad ATM SMUE
Posted by Admin on 2017/4/17 3:27:31 (506 reads)

SHAH ALAM, 14 MAC: Penggunaan kad ATM bagi bayaran wang ikhsan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) turut dibekalkan kepada Ahli Parlimen (MP) PAKATAN di Kuala Lumpur bagi memudahkan mereka membantu Kerajaan Negeri menjayakan program berkenaan.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, kenyataan itu ekoran timbul kekeliruan sebelum ini berkenaan perkara terbabit.

“Semasa menjawab pertanyaan media semalam, saya menyatakan bahawa kad ATM untuk program SMUE hanya dikeluarkan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor.



“Bagaimanapun, setelah disemak saya diperjelaskan bahawa Ahli Parlimen PAKATAN di Kuala Lumpur juga boleh dibekalkan kad ATM bagi memudahkan mereka membantu Kerajaan Selangor membuat bayaran kepada waris apabila ahli SMUE meninggal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Setiap ADN dan Ahli Parlimen PAKATAN di Selangor serta Kuala Lumpur dibekalkan kad ATM bagi bayaran wang ikhsan SMUE yang juga salah satu skim bantuan di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Chang Khim berkata, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok adalah salah seorang Ahli Parlimen PAKATAN yang layak menggunakan kad ATM bagi tujuan berkenaan.

“Segala kesulitan yang timbul daripada kenyataan saya semalam adalah dikesali,” katanya.

Pertanyaan media kepada Chang Khim dipercayai merujuk kenyataan Teresa bahawa beliau diftnah Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mendakwanya menyalahgunakan peruntukan wang ikhsan SMUE disalurkan kepadanya.

Wakil rakyat DAP itu berkata, dakwaan Jamal seperti laporan media bahawa beliau membelanjakan peruntukan program itu sehingga RM2 juta adalah tidak benar dan dia memiliki segala rekod serta dokumen bagi menyokongnya.

Sehubungan itu, Teresa mempertimbangkan tindakan saman terhadap Jamal.

-AA-

OLEH HAFIZAN TAIB (selangorkini.com)

Untuk Mencetgak Hantar kepada Rakan Jadikan PDF


Statistik

terkini.png

Sehingga 31hb Mac 2017, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM 201.088 juta kepada 81,967 waris yang layak. Manakala jumlah keseluruhan pendaftaran adalah seramai 265,797 orang

Pautan Penting

P1.png
P2.png
Pmes.png
P3.png
P5.png
P6.png