SKIM MESRA USIA EMAS, adalah salah satu dari 7 agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Agenda ini adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat yang mula memerintah Selangor mulai dari Mac 2008. Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi
bermula pada 1hb Oktober 2008. Setakat ini kerajaan Negeri telah memperkenalkan tidak kurang dari 16 skim di bawah Program Merakyatkan ekonomi Selagor. Untuk makluman lanjut sila rujuk di laman sesawang Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
http://mes.selangor.gov.my/Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari
Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan
khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.
Sehingga
31 Dis 2012 Skim ini telah berjaya mendaftarkan
seramai 203,106 orang warga emas dan OKU di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pendaftaran ahli
masih dibuka dan boleh dibuat di
Pusat Pendaftaran yang dibuka di seluruh Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur.
Sejak dilancarkan sehingga
31 Dis 2012, kerajaan Negeri telah membayar
sebanyak RM 87.573 juta kepada penama-penama yang didaftarkan dan ahli keluarga mereka sudah meninggal dunia.
Rantaian Mesra Sdn Bhd telah diberi amanah oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan skim ini.