Panduan

img_13651580ec072536f9.png
semak.png
muaturun.png
muaturun1.png
aduan.png

Kunjungan



Perihal SKIM MESRA USIA EMAS


SKIM MESRA USIA EMAS, adalah salah satu dari 7 agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1) dan terawal. Agenda ini adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat yang mula memerintah Selangor mulai dari Mac 2008. Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008.

Setakat ini (2015) kerajaan Negeri telah memperkenalkan tidak kurang dari 17 skim di bawah Program Inisiatif Peduli Rakyat. Untuk makluman lanjut sila rujuk di laman sesawang Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) http://ipr.selangor.gov.my/

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak.

Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500. Pembayaran akan dilakukan dalam dua peringkat.

Peringkat pertama sebanyak RM1,000 yang dibayar oleh Pusat Khidmat Masyarkat dan peringkat kedua sebanyak RM1,500 yang akan dibayar oleh pejabat daerah di dalam satu majlis. Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.

Sehingga 31 Mac 2017 Skim ini telah berjaya mendaftarkan seramai 265,797 orang warga emas dan OKU di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pendaftaran ahli masih dibuka dan boleh dibuat diyang dibuka di seluruh Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur.

Sejak dilancarkan sehingga 31 Mac 2017, kerajaan Negeri telah membayar sebanyak RM 201.088 juta kepada penama-penama yang didaftarkan dan ahli keluarga mereka sudah meninggal dunia. Rantaian Mesra Sdn Bhd telah diberi amanah oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan skim ini.

Lihat keseluruhan Statistik Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) di sini »



Statistik

terkini.png

Sehingga 31hb Mac 2017, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM 201.088 juta kepada 81,967 waris yang layak. Manakala jumlah keseluruhan pendaftaran adalah seramai 265,797 orang

Pautan Penting

P1.png
P2.png
Pmes.png
P3.png
P5.png
P6.png