Panduan

img_13651580ec072536f9.png
semak.png
muaturun.png
muaturun1.png
aduan.png

Kunjungan



FAQ


SKIM MESRA USIA EMAS / OKU merupakan satu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor dengan membantu keluarga warga emas / OKU yang layak dan berdaftar yang meninggal dunia tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan kedudukan sosial mereka. Pendaftaran adalah PERCUMA.

1. Apakah manfaat yang dinikmati?
Manafaat berjumlah RM 2,500 akan disumbangkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Wang tunai berumlah RM 1,000 akan diberikan kepada penama selepas menerima laporan kematian. Baki RM 1,500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya.

2. Apakah tujuan manfaat ini diberi?
Membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan atau sebahagian kos pengkebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

3. Apakah syarat layak mendaftar
Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang Warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN SAMA ADA; Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; ATAU Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun. Warga Emas yang tidak dilahirkan di Negeri Selangor (Kad Pengenalan bukan berkod 10) perlu mendapatkan pengesahan taraf pemastautin secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri Selangor.

4. Bagaimana cara mendaftar?
Borang boleh didapati di Pusat Pendaftaran. Borang perlu diisi bersama dokumen berkaitan (salinan: MyKad Ahli, MyKad Penjaga dan MyKad Penama) dan dikembalikan kepada Pusat Pendaftaran tempat Ahli tinggal mengikut alamat di dalam MyKad ahli. Bagi OKU, satu salinan Kad OKU JKM diperlukan.

5. Apa perlu dilakukan apabila berlaku kematian
Penjaga atau Penama perlu melaporkan kematian kepada Pusat Khidmat DUN tempat di mana Ahli didaftarkan.

6. Ahli yang meninggal di luar negeri Selangor tidak layak menerima manafaat.
Ahli yang lahir di Selangor sebelum 1/2/1974, menetap dan meninggal sama ada di Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikira layak untuk dipertimbangkan.

7. Siapakah penjaga Ahli?
Sesiapa sahaja boleh didaftarkan, namun begitu sebaik-baiknya Penjaga Ahli ialah individu yang mengambil berat kehidupan seharian Ahli dari aspek makanan, pakaian, kesihatan, tempat tinggal dan belaian kasih mesra.

8. Siapakah yang layak untuk membuat tuntutan
Hanya Penama Ahli yang telah didaftarkan dalam borang pendaftaran sahaja yang layak membuat tuntutan.

9. Siapakah yang disebut sebagai Penama? Penama Ahli ialah orang yang akan menerima manafaat kewangan bagi pihak Ahli selepas berlaku kematian.

10. Siapa yang layak untuk dldaftar sebagai Penama ahli?
Penama boleh terdiri daripada individu seperti Anak, isteri, suami,Ibu, Bapa, Cucu, Abang, Kakak,Adik atau Menantu. Ia juga boleh merupaKan sebuah pertubuhan seperti badan kebajikan, rumah orang tua-tua, rumah anak yatim, rumah ibadat seperti surau, masjid, tokong, kuil, gereja dan sebagainya. Seseorang itu hanya boleh menjadi Penama kepada tidak lebih 2 orang Ahli berdaftar sahaja.

11. Bolehkah Penduduk Tetap mendaftar? Penduduk Tetap tidak layak mendaftar menjadi Ahli atau didaftarkan sebagai Penama Ahli.

12. Bolehkah pendaftaran dibuat secara dalam talian (on-line)?
Buat masa ini pendaftaran hanya boleh dibuat secara manual menggunakan borang (3 salinan / plys) yang telah disediakan.



Statistik

terkini.png

Sehingga 31hb Mac 2017, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM 201.088 juta kepada 81,967 waris yang layak. Manakala jumlah keseluruhan pendaftaran adalah seramai 265,797 orang

Pautan Penting

P1.png
P2.png
Pmes.png
P3.png
P5.png
P6.png