Panduan

img_13651580ec072536f9.png
semak.png
muaturun.png
muaturun1.png
aduan.png

Kunjungan



Syarat & Prosedur


SKIM MESRA USIA EMAS, adalah salah satu dari 7 agenda Inisiatif Peduli Rakyat (Fasa 1). Agenda ini adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat yang mula memerintah Selangor mulai dari Mac 2008. Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara resmi bermula pada 1hb Oktober 2008.

Terma-terma Tambahan:

1. Pendaftaran adalah mengikut alamat tempat tinggal sebagaimana tercatat di dalam MyKad Pemohon. Mereka yang menetap di Negeri Selangor tetapi beralamat tempat tinggal di luar Negeri Selangor hendaklah membuat pertukaran alamat dan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan untuk mengelakkan sebarang masalah dalam proses pendaftaran dan pembayaran.

2. Pemohon yang lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di luar Negeri Selangor tidak layak untuk didaftarkan sebagai Ahli.

3. Penjaga dan Penama hendaklah juga merupakan Warganegara Malaysia. Pemastautin Tetap tidak layak didaftarkan sebagai Ahli, Penjaga atau Penama.

4. Penama yang layak didaftarkan adalah terdiri daripada kalangan berikut: Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa, Cucu, Abang, Kakak, Adik, Menantu atau Pertubuhan.

5. Pemohon dan keluarga hendaklah berbincang dan melantik seorang Penama daripada senarai yang tersebut untuk diberikan kepercayaan bagi menguruskan wang manafaat ini sekiranya berlaku kematian.

6. Sekiranya Penama adalah sebuah pertubuhan / rumah kebajikan dsb, maklumat lengkap serta dokumen pendaftaran pertubuhan berkaitan hendaklah disertakan. Satu surat kuasa daripada Ahli memberikan kebenaran kepada pertubuhan berkenaan menjadi Penama juga perlu disertakan. Semua dokumen dan surat kuasa hendaklah disahkan oleh Pusat Pendaftaran setelah melihat dokumen asal.

7. Penama adalah merupakan orang yang diberikan kepercayaan dan amanah untuk menguruskan wang manafaat ini bagi pihak simati atas urusan-urusan pengurusan jenazah dan yang berkaitan.

8. Pendaftaran Ahli hanya boleh dibuat sekali sahaja dan boleh dibuat di mana-mana Pusat Pendaftaran berdekatan berdasarkan alamat tempat tinggal. Borang Pendaftaran yang pertama diterima akan dikira sebagai telah disepakati oleh ahli keluarga berkenaan. Sebarang masalah di peringkat keluarga hendaklah diselesaikan oleh ahli keluarga yang terlibat terlebih dahulu sebelum sebarang bayaran boleh dibuat.

9.Setiap borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan MyKad Pemohon, MyKad Penjaga Ahli, MyKad Penama Ahli dan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika OKU). Setiap salinan MyKad hendaklah dicop/disahkan oleh Pusat Pendaftaran (Pusat Khidmat Masyarakat, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Majlis Bandaraya) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).) bagi mengelakkan penyalahgunaan.

10. Bagi Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor, pengesahan taraf mastautin hendaklah dibuat oleh mereka yang disenaraikan (ruangan 5.0 dalam borang pendaftaran) dan mestilah dari kawasan/kampung/blok tempat tinggal Pemohon.

11. Semua yang telah disahkan layak akan didaftarkan ke dalam sistem eMesra. Ahli boleh membuat semakan di mana-mana Pusat Pendaftaran dengan memberikan nombor MyKad mereka untuk menyemak sama ada mereka telah didaftarkan atau belum. Ahli keluarga juga diminta untuk memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain sekiranya mereka telah menguruskan satu-satu nama itu untuk didaftarkan bagi menggelakkan pendaftaran yang bertindih serta sebarang masalah berkaitan pendaftaran dan tuntutan.

12. Tuntutan tidak akan dibayar sekiranya sebelum ia diserahkan terdapat pertindihan tuntutan atau perselisihan keluarga berlaku. Bayaran hanya akan dibuat apabila semua pihak bersetuju melantik seorang yang boleh dipertanggungjawabkan dan ia mesti dipersetujui secara bertulis dan diserahkan kepada Yayasan Warisan Anak Selangor.



Statistik

terkini.png

Sehingga 31hb Mac 2017, Skim Mesra Usia Emas telah menghulurkan RM 201.088 juta kepada 81,967 waris yang layak. Manakala jumlah keseluruhan pendaftaran adalah seramai 265,797 orang

Pautan Penting

P1.png
P2.png
Pmes.png
P3.png
P5.png
P6.png